Ads 468x60px

Pages

Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

KUIH KASTURI


KUIH KASTURI

Saya ingin minta resepi kuih kasturi...pernah mencuba, tetapi paste kacang hijau lembik sedikit- ikut resepi through internet. so, boleh puan sertakan resepi kuih kasturi yg pastenya tidak terlalu lembik dan boleh dibentuk.

KUIH KASTURI
200 g kacang hijau, direndam 6 jam
air utk merebus
120-130 g gula pasir (ikut suka manisnya)
30 g kelapa parut (putih)*
3 camb tepung gandum

Bahan Batter
90 g tepung gandum
1 camb tepung beras
1 camt serbuk penaik
110-120 ml air
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Rebus kacang dengan air hingga empuk dan pecah-pecah. Pastikan airnya kering atau sejatkan dgn penapis utk membuang airnya itu. Kembalikan ke dalam kuali/periuk, masukkan gula, kelapa parut dan tepung gandum. Kacau atas api perlahan hingga kental dan sebati (ia akan lembik tetapi bila sejuk, bertambah keras). Ambil sedikit, bentukkan leper dan bulat, setebal 1.5 cm.

Utk batter: Satukan semua bahan menjadi adunan yg melekat pada belakang sudu. Celup kuih di dlm batter dan goreng hingga keemasan.

*Jika menggunakan desiccated coconut, kurangkan sedikit. Pastikan air dari pes kacang kering sebelum memasukkan gula kerana air yg berlebihan akan membuat pes menjadi lembik.

POPIA

CARA MEMBUAT POPIA

Saya ingin sangat nak tahu cara inti popia tanpa menumis kesemua bahan. Inti popia yang ditumis boleh di pelbagaikan, tapi yang saya maksudkan ini, ialah suka popia yang berintikan sengkuang yang telah dimasak, berwarna perang (macam direbus dengan gula merah?????)

Biasanya disediakan dengan menyapu sos diatas kulit, letakkan sengkuang tadi kemudian bawang goreng serta satu lagi bahan bergoreng (tak tahu apa ke bendanya) kemudian digulung dan siap untuk dimakan
(kadang kala disapukan sekali lagi dengan sos sebelum dihidang)

Utk inti popiah jenis ini, hanya bahagian sengkuangnya saja yg dimasak, yg lain disediakan secara berasingan. Pilihannya adalah mengikut kegemaran sendiri.

INTI POPIAH
60 ml minyak masak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu, dicincang halus
300 g udang kecil, dibuang kulit
2 kg sengkuang, dihiris spt mancic
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
garam secukupnya
2 liter air

Bahan Lain
3 biji telur - dibuat dadar & dihiris halus
4 keping tauhu - digoreng & dikiub kecil
1 biji timun - dibuang empulur & dihiris halus
150 g taugeh - dibuang ekor & dicelur
sedikit bawang goreng & kacang tumbuk

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan taucu dan kacau hingga terbit minyak. Masukkan udang, kacau rata. Bubuh sengkuang, kacau 3 min kemudian masukkan kicap cair, kicap pekat, gula dan garam. Tuangkan air dan masak hingga mendidih kemudian perlahankan api dan renihkan hingga sengkuang lembut dan kuahnya kering. Angkat dan biar sejuk. Sudukan sengkuang dan semua bahan lain ke atas kulit popiah dan gulung kemas.

KEK DURIAN

KEK DURIAN

Saya adalah orang Sabah memohon bantuan puan/tuan saya memerlukan resepi kek durian dan kek keladi serta saya memohon puan/tuan mengajar saya resepi lapisan kek tersebut diintikan keladi atau durian yang menggunakan gelatin dan whipping cream. Saya memohon jasabaik tuan/puan akan perkara tersebut.

Kek berinti keladi/durian dikenali sebagai MOUSSE CAKE. Ia hanya menggunakan keladi (rebus, lecek halus) dan isi durian (kisar halus). Gunakan gelatin halal. Resepi di bawah adalah untuk melapisi 2 keping kek span berukuran 25 cm.

KEK MOUSSE DURIAN
500 ml susu segar
150 g gula halus
30 g tepung kastard } campur
60-75 ml air } jadi pes
1 biji kuning telur (besar) }
20 g gelatin
40 ml air panas
1/2 cawan puri durian
300 ml krim putar, diputar kental

Bubuh gelatin dan air panas di dalam mangkuk kecil yg tahan panas. Biar 10 min. Letak mangkuk di dalam periuk air mendidih perlahan, kacau hingga gelatin larut. Angkat dan ketepikan.

Jerang susu dan gula hingga mendidih. Satukan dengan pes telur, gaul rata hingga pekat kemudian angkat. Masukkan gelatin larut dan puri durian, kacau sebati dan biar hingga sejuk sedikit (jangan dibiar terlalu lama kelak ia beku).

Masukkan krim putar dan gaul perlahan hingga rata. Letak sekeping kek span di dalam 'ring' atau gegelang besi berukuran sama, tuangkan mousse. Ratakan permukaannya kemudian tekan sekeping lagi kek span di atasnya. Tutup dan simpan di dalam peti sejuk hingga keras.