Ads 468x60px

Pages

RESIPI NASI LEMAK

RESIPI NASI LEMAK



Saya merupakan seorg pelajar yang belajar di luar negara. Saya sudah beberapa kali membuat nasi lemak dari resepi-resepi yang boleh didapati di internet, namun hasilnya masih kurang memuaskan. Jadi, bagaimana untuk menghasilkan nasik lemak yang sedap dan mudah dilakukan kerana status saya sebagai seorg pelajar?
Nasi Lemak yg asli perlukan daun pandan dan dibungkus dengan daun pisang. Jika tiada bahan 'pewangi' ini, akan kuranglah keasliannya tetapi masih boleh berasa sedap. Nasi lemak yg sedap dan mudah, ini yg 'agak berat' kerana apakah yg dimaksudkan dengan mudah itu? Saya juga tidak pasti samada anda gunakan cream coconut (dlm bentuk pepejal seperti mentega) atau coconut milk (dlm tin, ada 2 jenis manis atau biasa). Saya juga tidak dapat meneka samada anda berada dekat dengan kedai runcit bangsa Asia (mudah membeli belacan, ikan bilis dll). Namun, kalau tiada ikan bilis, boleh buat sambal ayam atau udang atau sotong. Saya cuba berikan nasi lemak seringkas mungkin, harap berpuashati.

NASI LEMAK RINGKAS (utk 2 org)
180 g beras, dibasuh & tus
100 ml santan (coconut milk, bukan coconut cream)
350 ml air
3 hirisan halia
1/4 camt gula
1 camt garam (atau ikut suka masinnya)

Satukan semuanya, isikan ke dalam periuk nasi letrik. Jika memasak atas dapur, pastikan apinya sederhana rendah dan dikacau selalu. Sajikan dengan sambal, timun, telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah goreng.

SAMBAL SOTONG
3 camb minyak
500 g sotong, dibersihkan
60 ml sos cili
60 ml sos tomato
100 ml air
1 camb gula
1 labu bawang besar, dihiris bulat
garam secukupnya

Bahan Kisar/Blend
1 labu bawang besar (saiz kecil)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2-3 camb pes cili/cili kering kisar (ikut suka pedasnya)

Panaskan 1 camb minyak, masukkan semua sotong dan kacau hingga separuh masak (tinggal airnya sedikit). Angkat dan ketepikan. Panaskan baki minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan sos cili, sos tomato, bawang, air, gula dan garam. Kacau sekali-sekala hingga terbit minyak kemudian campur dengan sotong. Bila agak pekat, angkat dan sajikan.

TIDAK SUKA BELACAN

TIDAK SUKA BELACAN

Apakah bahan lain yang boleh digantikan dengan belacan (sebab suami saya tak suka saya guna belacan)?

Jika tak suka guna belacan, tak perlu memasukkan ke dalam masakan ini kerana rasa belacan
begitu unik, tiada yg dpt menggantikannya. Namun, pernahkah puan mencuba belacan dlm botol (jenis granules) yg kurang 'menyengat' dari belacan 'fresh'? Saya kira ada juga orang menggantikan
belacan dengan petis atau otak udang.

TAUHU & TAUFU FA

TAUHU & TAUFU FA

Saya amat meminat tauhu dan taufu fa, sudah puas saya mencari dalam website untuk mengetahui resepinya belum lagi saya jumpai. Saya harap pihak puan dapat memberi resepi tersebut.
Saya sendiri belum berpeluang mencuba kedua-dua resepi ini, tetapi oleh kerana ia diambil dari sumber yg boleh dipercayai, insyaALLAH, ia akan memberikan hasil yg diingini.

TAUHU
(menghasilkan 125g)
575ml air soya
½ camt garam epsom atau nigari
4 camb air panas

Jerang air soya hingga mendidih. Larutkan epsom dengan air panas, campurkan ke dalam air soya. Biar selama 5 min. Alas penapis dengan kain maslin. Tuangkan air soya (kental seperti dadih) ke dalam tapisan (airnya akan mengalir keluar). Lipat maslin untuk menutupi bahagian atas penapis. Letak pemberat di atasnya. Biar selama 1 jam. Ketepikan tauhu yg sudah mampat itu, simpan di dalam mangkuk berisi air di dalam peti sejuk hingga diperlukan.

TAUFU FA
300 g. kacang soya (dicuci)
3 l air
125 ml. air panas
1½ camt. serbuk gypsum
2 camB. tepung jagung

1 Rendam kacang soya selama semalaman. Tuskan dan buangkan kulitnya. Kisar soya dengan 1 liter air kemudian letak di dalam kain muslin dan perah ke dalam periuk.
2 Kisar semula hampas soya dengan baki air. Perah sekali lagi menggunakan kain tadi.
3 Larutkan air panas dengan serbuk gypsum. Biar sejuk kemudian campur dengan tepung jagung. Tapiskan ke dalam periuk besar.
4 Jerang air soya hingga menggelegak. Tuangkan segera (hendaklah menuangkannya pada paras tinggi) terus ke dalam campuran tepung jagung. Jangan kacau tetapi buangkan buih yang terapung.
5 Bungkus penutup dengan tuala tebal, tutup periuk dan biar hingga ia keras, kira-kira 1 jam.

KUIH BINGKA TAK MENJADI

KUIH BINGKA TAK MENJADI

Saya baru saja membeli buku aneka minum petang untuk dicuba. Walaupun saya tak pandai memasak, dengan berpandukan buku ini akan menyenangkan kerja saja. Resepi yang pertama dicuba ialah talam keladi dan kuih lapis. okeylah....Resipi selanjutnya ialah bingka beras. Dukacita dimaklumkan bingka berasnya tak jadi. Adakah resipi yang diberi betul?
Perkara utama ketika membuat bingka seperti ini adalah semasa mengacaunya di atas api hingga naik wap. Adunan mesti diperhatikan sentiasa kerana proses ini tidak memakan masa yg lama. Kelewatan meng-angkat adunan (hanya beberapa saat) akan menyebabkan adunan berketul dan ini membuat kuih tidak menjadi. Sebaik saja anda nampak wap naik, segera angkat dari api dan tuangkan ke dalam loyang yg sudah disapu minyak. Bakar dalam ketuhar api atas dan bawah utk mendapatkan bingka yg sempurna.

BINGKA TEPUNG BERAS
300 g tepung beras
150 g gula pasir
1 camt garam
1 liter santan (2 biji kelapa)
125 ml air daun pandan (ambil dari 10 helai pandan)

Kacau semua bahan hingga larut di dalam kuali. Jerang sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap. Segera tuangkan ke dalam loyang berukuran 22 cm yg disapu minyak. Bakar dgn api atas dan bawah pada 200 C hingga baha-gian atasnya keperangan dan kuih masak. Biar sejuk sebelum dihiris.

IKAN BAKAR PORTUGIS

IKAN BAKAR PORTUGIS

Saya amat menggemari masakan "Ikan Bakar Portugis" yang mana ianya dimasak dlm plastik lut timah. Saya pernah menikmati masakan ini di beberapa tempat, tetapi yg paling sedap bagi saya adalah di Midvalley. Adakah puan tahu macammana cara memasaknya ?
Saya masih belum berpeluang mencuba 'Ikan Bakar Portugis' yg anda maksudkan itu. Namun, utk tidak menghampakan, ini ada satu jenis sos yg enak disajikan dengan ikan bakar.

SOS (utk ikan/daging/sotong dll)
2 labu bawang besar
5 tangkai cili merah, dibuang biji
5-6 tangkai cili padi
2 camb puri tomato
3 camb sos cili
2 camb sos tomato
3 camb minyak
200 ml air
garam & gula secukupnya
1/2 camt serbuk lada hitam

Kisar halus bawang besar, cili merah dan cili padi. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, puri tomato, sos cili, sos tomato, air, garam dan gula. Kacau selalu di atas api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan masak hingga terbit minyak. Biar selama 10 min atau hingga sos menjadi pekat kemudian masukkan serbuk lada hitam dan angkat.

CARA MENGUKUS NASI

CARA MENGUKUS NASI

Saya ingin bertanya mengenai cara mengukus nasi yang betul dan jenis beras yang sesuai supaya nasi yang dikukus lembut dan peroi (berderai). Selama ni saya masak nasi ok je cuma suami saya ni cerewet sangat pasal nasi. Dia suka makan nasi yang dikukus. Lauk-pauk dia tak kisah sangat. tapi bila nasi lembek atau berketul langsung tak lalu makan. Saya telah mencuba pelbagai jenis /jenama beras masih tak jumpa yang sesuai. Harap puan dapat memberi nasihat mengenai teknik mengukus nasi dan juga jenama yang sesuai.

Cara terbaik utk mendapatkan nasi yg enak adalah dengan menjerang air yg banyak. Basuh dan sejatkan beras (seelok-eloknya, campuran satu bahagian beras wangi dan satu bahagian beras biasa). Ttg jenama, pilihlah yg "popular" (mungkin agak mahal sedikit dari biasa).

Bila air mendidih, masukkan semua beras tadi (beras hendaklah tenggelam) dan kacau hingga kembang (perhatikan agar tidak terlalu kembang seperti memasak nasi di dalam periuk biasa).

Angkat dan buangkan airnya. Kocak nasi (dalam penapis) di bawah air paip dan tekan supaya semua airnya keluar. Ratakan di dalam loyang, taburkan daun pandan yg disiat-siat dan kukuslah selama 10-15 min di atas api sederhana. InsyaALLAH, inilah cara terbaik bagi mendapatkan nasi yg elok berderai.

POPIA

CARA MEMBUAT POPIA

Saya ingin sangat nak tahu cara inti popia tanpa menumis kesemua bahan. Inti popia yang ditumis boleh di pelbagaikan, tapi yang saya maksudkan ini, ialah suka popia yang berintikan sengkuang yang telah dimasak, berwarna perang (macam direbus dengan gula merah?????)

Biasanya disediakan dengan menyapu sos diatas kulit, letakkan sengkuang tadi kemudian bawang goreng serta satu lagi bahan bergoreng (tak tahu apa ke bendanya) kemudian digulung dan siap untuk dimakan
(kadang kala disapukan sekali lagi dengan sos sebelum dihidang)

Utk inti popiah jenis ini, hanya bahagian sengkuangnya saja yg dimasak, yg lain disediakan secara berasingan. Pilihannya adalah mengikut kegemaran sendiri.

INTI POPIAH
60 ml minyak masak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu, dicincang halus
300 g udang kecil, dibuang kulit
2 kg sengkuang, dihiris spt mancic
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
garam secukupnya
2 liter air

Bahan Lain
3 biji telur - dibuat dadar & dihiris halus
4 keping tauhu - digoreng & dikiub kecil
1 biji timun - dibuang empulur & dihiris halus
150 g taugeh - dibuang ekor & dicelur
sedikit bawang goreng & kacang tumbuk

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan taucu dan kacau hingga terbit minyak. Masukkan udang, kacau rata. Bubuh sengkuang, kacau 3 min kemudian masukkan kicap cair, kicap pekat, gula dan garam. Tuangkan air dan masak hingga mendidih kemudian perlahankan api dan renihkan hingga sengkuang lembut dan kuahnya kering. Angkat dan biar sejuk. Sudukan sengkuang dan semua bahan lain ke atas kulit popiah dan gulung kemas.

MENGIDAMKAN TAT NANGKA

MENGIDAMKAN TAT NANGKA

Saya teringin sangat nak makan tart nangka. Saya dah banyak kali mencari di sekitar daerah tempat saya tinggal tapi tak berjumpa kedai yang menjualnya. Yang ada hanyalah tart nenas. Saya juga cuba mencari dari buku resepi tapi tidak dapat juga. Saya harap pihak puan dapat memberikan atau mencarikan saya
resepi tart nangka ini. Saya mengidam masa mengandungkan anak ke dua lagi tapi masih tak dapat sehinggalah dah ada anak ketiga pula. Jadi bantulah saya.

TAT NANGKA
Bahan Pastri

280 gm tepung gandum
1/2 camt garam
150 gm mentega
3 camt gula kastor
60-75 ml camt air sejuk

Bahan Inti
50 g mentega
50 g gula kastor
1 biji telur
60 g serbuk badam
40 g tepung gandum
80 gm puri nangka*
50 g nangka, dikiub halus

Cara membuatnya
1. Lengser tin-tin kecil tart dengan mentega.
2. Untuk pastri. Ayak tepung gandum dan garam. Gaulkan mentega dengan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan gula, kacau rata. Kemudian campurkan sedikit demi sedikit air sambil diuli menjadi doh. Bungkus doh dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 min.
4. Keluarkan doh, ambil sedikit demi sedikit, alaskan dasar tin pai. Ketepikan.
5. Pukul mentega, gula dan telur hingga sebati. Masukkan semua bahan lain, kacau rata-rata.
6. Ratakan inti ke dalam kulit pastri. Bakar pada suhu 190 C selama 40-45 min atau hingga masak.

SATE DAN NASI BERIYANI

SATE DAN NASI BERIYANI

SALAM .SAYA INGIN RESEPI MASAKAN NASI BERYANI TOLONG KIRIMKAN SAYA RESEPI NASI BERYANI DAGING, SATAY GORENG, SAMBAL SATAY

NASI BERIANI DAGING
150 ml minyak sapi
300 g bawang besar, dihiris bulat
8 biji bawang putih } dikisar
4 cm halia }
5 camb rempah beriani
1 kg daging batang pinang, dikiub 20
5 biji tomato, dihiris kecil
50 g badam, dibakar & dikisar
200 ml susu cair
150 g dadih
30 g daun pudina
30 g daun ketumbar
air (untuk mengempuk daging)
1 kg beras Basmathi, dibasuh & disejat
1.65 liter air
garam secukupnya
bawang goreng, kismis & gajus (untuk hidangan)

1. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga wangi. Angkat.
2. Masukkan bahan kisar dan rempah beriani, kacau sampai wangi.
3. Bubuh pula daging, tomato, badam, susu, dadih, separuh pudina dan
ketumbar serta air. Kacau sekali-sekala hingga daging empuk. Ambil daging, letak di dalam pinggan.
4. Pastikan kuah di dalam periuk agak pekat. Masukkan beras dan air. Kacau sekali-sekala hingga beriani masak. Letak semula daging di atas nasi tadi. Kemudian tutup periuk dan perlahankan api.
5. Bila beriani masak sempurna, angkat dan sajikan dengan bawang goreng, kismis dan gajus.

SATE GORENG
500 g daging kambing, dihiris ½ x 2.5cm keping
1 keping asam gelugur
air secukupnya
garam, gula secukupnya
4-5 camb minyak

Bahan Kisar:
4 biji bawang merah
2 biji buah keras
2 cm kunyit
1 cm lengkuas
½ sudu besar ketumbar }
½ sudu teh jintan manis } disangai
½ sudu teh jintan putih }
1 sudu besar air asam jawa cair
4 sudu besar santan pekat

Cara membuat:
1. Perap daging dengan garam, gula dan bahan kisar selama 4 jam.
2. Panaskan minyak, masukkan daging dan bahan perapnya.
3. Kacau hingga daging berubah warna, masukkan asam gelugur dan air.
4. Kacau sekali-sekala di atas api sederhana hingga daging empuk dan hampir kering. Angkat dan hidangkan dengan kuahnya.

KUAH KACANG

100 ml minyak
750 ml santan cair } dari 2 biji kelapa
180 ml santan pekat }
1-2 sudu besar air asam jawa pekat
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
220 g kacang tanah - disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar

Bahan Rempah (dikisar halus):
10 biji bawang merah
1 batang serai
1-2 sudu besar serbuk cili
2 cili merah
2 cm lengkuas
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
½ sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan ¼ santan cair, kacau lagi hingga naik minyak. Tambah ¼ santan, kacau lagi hingga terbit bau.
3. Tuangkan semua santan cair, santan pekat, air asam, gula dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak.
4. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk. Kacau selalu supaya tidak berkerak. Bila mendidih, tutupkan api.

ASAM PEDAS DAGING TETEL

ASAM PEDAS DAGING TETEL

Agak2nya boleh tak membantu saya dalam resepi Asam Pedas Daging Tetel?

600 g daging tetel, dipotong
air secukupnya
2 batang serai, dititik
5 cm lengkuas, dititik
2 sudu besar asam jawa } campur utk
200 ml air } air asam
100 ml minyak
5 tangkai daun kesum
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – dibuang biji & direndam air panas
3 biji buah keras
3 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, serai dan lengkuas hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan air, kacau sekali-sekala di atas api sederhana hingga mendidih. (Tambah air secukupnya hingga tetel empuk).
3 . Bila tetel empuk, masukkan daun kesum, air asam jawa, garam dan gula. Masak lagi hingga mendidih dan naik minyak.

NASI TOMATO

SET HIDANGAN NASI TOMATO

Saya telah lama mencari resipi NASI TOMATO yang sedap. Apakah hidangan sampingannya? Kalau ada, boleh sertakan resipinya sekali?

NASI TOMATO
500 g beras wangi } dibasuh & disejat
500 g. beras biasa }
150 g minyak sapi/marjerin
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
3 buah pelaga
5 cm kayu manis
1 labu bawang besar (dicincang)
150 ml. puri tomato
1.5 l air
garam secukup rasa
6 camb bawang goreng }
100 g hirisan badam bakar } untuk hiasan
80 g kismis/sultana }

Bahan dikisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1.5 cm. halia

1 Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga dan kayu manis 1-2 minit.
2 Bubuh bahan kisar, kacau hingga wangi.
3 Masukkan puri tomato, kacau 2 minit. Bubuh beras dan gaul.
4 Kemudian bubuh air dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutup periuk.
5 Bila masak, taburkan bawang goreng, badam dan pis.

DAGING KURMA
600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm)
3 camb minyak
3camb rempah kurma
1 l santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
400 g ubi kentang }
3 biji tomato } dibelah 4
2 labu bawang besar }
2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus
2 biji cili hijau }

Bahan Penumis:
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan Kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji buah keras

1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit.
2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Bila terbit bau, bubuh pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya.
4. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak dan daging separuh empuk.
5. Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut.
6. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.

AYAM MASAK MERAH
1 ekor ayam (1.5 kg, dipotong 8)
garam, serbuk lada hitam secukupnya
1 camb rempah kari } bahan perap
1 camt serbuk kunyit }
340 g tomato sos
2 labu bawang besar (dibelah 2 & dihiris)
minyak untuk menggoreng terendam
garam, gula secukupnya

Bahan Penumis:
5 cm kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawangBahan dikisar:
6 biji cili merah
4 biji cili hijau
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
4 cm halia muda
2 camt ketumbar }
1 camt jintan putih } disangai/goreng tanpa minyak
½ camt jintan manis }

1. Perap ayam, garam, lada hitam dan bahan perap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
3. Keluarkan kecuali 3 camb minyak, bubuh bawang besar dan bahan penumis, kacau 1-2 minit.
4. Masukkan bahan kisar, kacau hingga terbit minyak.
5. Bubuh pula sos tomato. Setelah sebati, masukkan ayam. Tutup sebentar agar ayam masak. Bila kuah elok pekatnya, angkat dan hidangkan.

RESIPI KUIH GUNTING

RESIPI KUIH GUNTING


375 g tepung gandum
2 camb gula aising
2 camb serbuk rempah kari
1 camb serbuk ketumbar
2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk cili
2-3 pelepah daun kari (jika suka), digunting halus
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
90 g marjerin
130-140 ml santan (dari 1/2 kelapa)
minyak utk menggoreng

Gaul semua bahan kering dan daun kari dengan marjerin. Masukkan sedikit demi sedikit santan kemudian uli menjadi doh. Tambah santan jika perlu (jika tiada, boleh gantikan dengan air biasa). Canai setebal 1 cm sebelum menggunakan mesin mee utk mencanai lebih nipis (ikut prosedur di bawah).

Saya juga ingin tahu teknik yang betul untuk menggunting. Ataupun adakah terdapat acuan yang khusus bagi kuih tersebut?
Anda boleh gunakan mesin membuat mee. Malah anda boleh "mencanai" dgn mesin ini mengikut ketebalan yg diperlukan. Akhir sekali, gunakan "indicator" yg khusus dan putar utk menghasilkan jalur-jalur yg sama besar. Guntingkan dengan saiz yg anda inginkan (letak dulang di bawah utk mengumpul guntingan tadi) dan taburkan tepung supaya ia tidak melekat. Goreng dlm minyak yg banyak hingga keemasan. Tiada teknik khusus utk menggunting tetapi pastikan bilah gunting ditaburkan sedikit tepung bila adunan mulai melekat ketika menggunting.

Jika ya, di manakah saya boleh dapatkan acuan berkenaan. Maklum balas puan sangat saya hargai. Saya juga ingin mengucap tahniah kepada puan kerana tidak kedekut untuk berkongsi ilmu.
Acuan mee itu boleh didapati di mana-mana kedai yg menjual periuk belanga juga di sesetengah pasaraya yg besar seperti Carrefour. Anda perlu cari di bahagian peralatan memasak (senduk, mangkuk dll).

KEROPOK LEKOR

MASALAH KEROPOK LEKOR

Saya cuba membuat keropok lekor menggunakan tepung ubi tetapi keropoksaya menjadi liat apabila telah sejuk. Bagaimana untuk mendapatkan keropok yang isinya lembut (tanpa menggunakan tepung sagu) seperti yang saya beli dikedai. Adakah ada penggunaan atau campuran tepung lain selain tepung ubi/sagu?

Saya mencampurkan sedikit baking powder dan soda ke dalam adunan keropok supaya keropok saya kembang dan lembut apabila digoreng, tetapi ianya menjadi kecut apabila telah sejuk. Bagaimana mengatasi masalah ini? Bolehkah puan memberikan resipi terperinci untuk membuat sos pencicah
sama seperti yang didapati di Terengganu/Kelantan?

Ada pelbagai resepi Keropok Lekor dan inilah salah satu yg anda mungkin boleh cuba bagi mendapatkan hasil yg anda inginkan. Resepi yg asli tidak menggunakan sebarang soda atau serbuk penaik, jadi, tidaklah saya pasti bagaimana kesannya terhadap keropok yg sudah siap digoreng itu.

KEROPOK LEKOR
2 kg ikan selayang/kembung
1 kg sagu rumbia
garam & gula secukupnya

Asingkan isi ikan drpd tuangnya, kisar hingga hancur kemudian masukkan sagu, garam dan gula. Biar selama 15 min kemudian uli hingga sebati dan bentukkan memanjang mengikut saiz yg dikehendaki. Rebus di dalam air mendidih hingga keropok timbul. Biar sejuk baru dihiris dan digoreng di dalam minyak yg banyak.

Bahan Sos
1 cawan gula merah
3 camb cili pes/giling
1/2 cawan air asam jawa pekat
3 cm kiub belacan, dikisar
2 1/2 - 3 cawan air
garam secukupnya

Jerang semua bahan hingga mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga agak pekat. Hendaklah dikacau selalu terutama selepas ia mulai pekat.

KEK DURIAN

KEK DURIAN

Saya adalah orang Sabah memohon bantuan puan/tuan saya memerlukan resepi kek durian dan kek keladi serta saya memohon puan/tuan mengajar saya resepi lapisan kek tersebut diintikan keladi atau durian yang menggunakan gelatin dan whipping cream. Saya memohon jasabaik tuan/puan akan perkara tersebut.

Kek berinti keladi/durian dikenali sebagai MOUSSE CAKE. Ia hanya menggunakan keladi (rebus, lecek halus) dan isi durian (kisar halus). Gunakan gelatin halal. Resepi di bawah adalah untuk melapisi 2 keping kek span berukuran 25 cm.

KEK MOUSSE DURIAN
500 ml susu segar
150 g gula halus
30 g tepung kastard } campur
60-75 ml air } jadi pes
1 biji kuning telur (besar) }
20 g gelatin
40 ml air panas
1/2 cawan puri durian
300 ml krim putar, diputar kental

Bubuh gelatin dan air panas di dalam mangkuk kecil yg tahan panas. Biar 10 min. Letak mangkuk di dalam periuk air mendidih perlahan, kacau hingga gelatin larut. Angkat dan ketepikan.

Jerang susu dan gula hingga mendidih. Satukan dengan pes telur, gaul rata hingga pekat kemudian angkat. Masukkan gelatin larut dan puri durian, kacau sebati dan biar hingga sejuk sedikit (jangan dibiar terlalu lama kelak ia beku).

Masukkan krim putar dan gaul perlahan hingga rata. Letak sekeping kek span di dalam 'ring' atau gegelang besi berukuran sama, tuangkan mousse. Ratakan permukaannya kemudian tekan sekeping lagi kek span di atasnya. Tutup dan simpan di dalam peti sejuk hingga keras.

TELUR BISTIK

TELUR BISTIK

5 biji telur
60 ml susu segar
garam, serbuk lada sulah secukupnya
4 camb minyak
1 camb mentega
3 biji bawang merah
50 g serbuk sos perang (boleh didapati di pasaraya)
air secukupnya
1/2 biji cili benggala merah } dadu halus
1/2 biji cili benggala hijau }
1 biji cili merah, dicincang halus
3 biji cendawan butang, dihiris nipis
2 camb susu cair/krim

Pukul telur, susu segar, garam dan serbuk lada. Panaskan minyak, masukkan telur tadi dan kacau hingga menjadi ketulan yg kecil (scrambled eggs). Angkat dan ketepikan.

Cairkan mentega, tumis bawang merah hingga layu. Ketepikan seketika. Larutkan sos perang dengan air hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga sederhana pekat. Masukkan bawang merah dan semua bahan lain. Tambah garam dan serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam. Bila sos mendidih, campurkan dengan telur scramble tadi dan hidangkan.

Puding Tak Menjadi


PUDING TAK MENJADI



Saya suka menikmati PUDING GULA HANGUS. Saya dah dapatkan buku langkah demi langkah terbitan Alaf 21, tapi setiap kali saya buat puding tu, saya dapati ianya terlalu banyak air. Dah banyak kali saya cuba, tapi hasilnya tetap sama. Saya irihati tiapkali menghadiri jamuan rumah kawan-kawan, saya dapati puding mereka keras dan cantik serta tidak berair. Adakah sebab tempoh mengukus tidak cukup ke apa sebabnya?

Ada beberapa faktor yg mungkin menyebabkan puding berair dan salah satunya adalah masa mengukus yg terlalu pendek. Ia mungkin juga kerana api kukus terlalu kuat dan puding tidak masak sekata. Api mestilah sederhana saja dan jika air kukus kering, tambah dengan air mendidih. Dari pengamatan saya, mmg puding jenis ini walaupun nampak mudah, agak rumit sebenarnya. Pastikan juga air dari bawah penutup kukusan tidak jatuh ke atas puding. Caranya ialah menutupnya 'longgar' dengan sekeping kertas foil/aluminium (seperti bumbung) di atas loyang/tin puding.

Anda juga boleh membakarnya (letak loyang di dalam bekas berisi air) pada suhu 200 C selama 30-35 min. Cuba resepi di bawah yg sudah saya 'modify' sedikit supaya puding anda akan keras dan enak.

PUDING GULA HANGUS
Bahan Karamel
100 g gula pasir
3 camb air

Bahan Puding
500 ml susu segar
3 camb tepung kastard
1 camt vanila
100 g gula halus
4 biji telur

Sediakan puding: Pukul telur dan gula hingga sebati (pastikan 'pusat' putih telur dibuang utk menghilangkan hanyir). Masukkan tepung kastard dan vanila, kacau rata. Panaskan susu sebentar (jangan biar mendidih) kemudian tuangkan ke dalam campuran telur. Tapiskan ke dalam jag.
Untuk gula hangus: Jerang kedua-dua bahan hingga gula larut. Masak lagi hingga menjadi keemasan kemudian tuangkan ke dalam loyang yg sudah dilengser dengan marjerin. Masukkan adunan telur, tutup 'longgar' dan kukus (atau bakar) selama 30-35 min atau hingga masak. Biar sejuk, simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam baru diterbalikkan ke dalam pinggan.

Chocolate-Peanut Brownie Cup

food recipe a free recipe


1/2 c Flour
1/2 c Sugar
3 tb Cocoa
1/4 ts Baking soda
6 tb Peanut butter -- creamy or cr
2 tb Milk
1 Egg, large
1/2 c Chocolate chips
1 c Marshmallows, miniature


Combine flour, sugar,cocoa, and soda. Stir in butter,
milk,and egg. Mix until well blended. Stir in
chocolate chips and marshmallows. Divide between 6
buttered custard cups. Space evenly in circle in the
Microwave. Cook uncovered at full power for 3 minutes,
rotating each one half way through. Let stand for 3
mins before serving. Warm or cold.