Bahan-bahan | 1 kg daging 1 biji kelapa [3 cawan santan] 3 s/b kerisik [1/2 biji kelapa digoreng dan kisar] 3 s/b rempah kerutub 2 s/b gula merah 1 inci kulit kayu manis 3 s/b minyak 1/2 cawan air asam jawa garam
Bahan Mesin 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia 3 cm lengkuas | Cara Memasak | 1. Daging dipotong jangan terlau kecil atau besar. Basuh dan toskan. 2. Bancuhkan bahan mesin dengan rempah kerutup. 3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis. 4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi. 5. Masukkan daging dan kacau rata. 6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api. 7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula. 8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato. | |
0 comments:
Post a Comment